Gua Badak

guabadak_main

Gua Badak terletak diformasi Bukit kapur Gua Badak. Apa yang menarik ialah terdapat lukisan gua yang dilukis dengan arang dan juga digores oleh masyarakat Negrito yang mendiami gua ini. I.H.N Evans telah melaporkan penemuan lukisan ini dalam tahun 1924. Selain itu Callenfels dan Evans telah membuat ekskavasi dalam tahun 1926 dan menemukan tembikar serta alat batu bergilap zaman Neolitik. Sebahagian gua ini telah musnah akibat kerja-kerja kuari pada awal tahun 1980. Antara motif lukisan ialah aktiviti berburu menggunakan panah, membawa buah kelapa, menunggang kuda dan gajah. Selain itu terdapat imej haiwan seperti beruk, ayam, tenggiling, biawak, kuda disamping pelbagai motif abstrak yang sukar dimengertikan maknanya serta motif geometri yang mempunyai hubungan dengan pandangan mereka terhadap alam semesta.

Back to Top