Gua Harimau

guaharimau_1

Gua Harimau terletak di kompleks batu kapur, Bukit Gua Harimau, Lenggong, Perak. Ekskavasi dalam tahun 1987, 1988 dan 1999 telah menemukan tapak pengkebumian manusia berusia 2,000 – 5,000 tahun dahulu. Sebanyak 11 rangka manusia telah ditemui dengan barang kiriman yang terdiri daripada bekas tembikar, alat batu, kapak gangsa, perhiasan badan dan sisa makanan.

Gua Harimau merupakan tapak arkeologi yang penting kerana telah mendedahkan bukti pengkebumian zaman Neolitik-Logam dengan acuan dan kapak gangsanya yang terawal sekitar 4,000 tahun dahulu. Penemuan alat gangsa dan acuannya menggambarkan penghasilan alat gangsa di kawasan Lenggong telah membuktikan bahawa kawasan pembuatan gangsa tidak hanya terhad di kawasan utara dan tengah Thailand sahaja.

Back to Top