Gua Ngaum

guangaum_main

Gua Ngaum terletak dalam kompleks batu kapur Bukit Kepala Gajah. Gua ini berada pada kedudukan latitud 5’07.46′ utara dan longitud 100′ 58.72′ timur, dengan ketinggian 89 meter dia atas aras laut. Gua ini telah ditemui oleh USM pada tahun 1990, dan dinamakan ‘ngaum’ kerana semasa penemuan gua ini telah keluar seekor harimau kumbang yang mengaum daripada mulut gua. Kajian arkeologi di gua ini telah mendedahkan bukti ia digunakan pada sekitar 7,000 – 6,000 tahun dahulu dalam bentuk sisa makanan, alat batu dan juga pecahan tembikar.

Back to Top