Kata Aluan

Ahli Parlimen Lenggong

Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalammualaikum wmt. wbr, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

datoshamsul

Saya bersyukur ke hadrat Allah swt. kerana akhirnya Daerah Kecil Lenggong mempunyai laman sesawang pelancongannya sendiri. Ini adalah hasil usaha yang padu antara Pejabat Ahli Parlimen Lenggong, Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Lenggong dan bersama-sama Majlis Daerah Lenggong serta Institut Skill-Tech serta agensi-agensi lain berkaitan di bawah Badan Tindakan Pelancongan Lenggong.

Dengan pelancaran laman sesawang Pelancongan Lenggong bersempena Lenggong Joran 2010 ini juga, ia mencerminkan komitmen padu pihak kerajaan dalam menyediakan platform yang sering dengan peredaran masa untuk mencanai potensi pelancongan di Lenggong ke arah penjanaan ekonomi rakyat.

Sekalung tahniah saya ucapkan dan semoga Lenggong akan terkenal sebagai sebuah destinasi pelancongan yang tersohor.

Salam Hormat,

DATO’ SHAMSUL ANUAR B. HJ. NASARAH
Ahli Parlimen Lenggong
Perak Darul Ridzuan

 

Back to Top