Pesta Makan Tradisional Lenggong

pestamakan

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2011, Kali 1 dirasmikan oleh YABhg Datin Seri Di Raja Saripah Zulkifli, Isteri YAB Menteri Besar Perak. Pesta yang dikunjungi lebih 10000 tetamu, dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, dan Majlis Pelancongan Komuniti Lenggong, dimana Kementerian Pelancongan Malaysia, melalui Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Perak dan Jabatan Perdana Menteri menjadi penaja utama. Selain Pusat Khidmat ADUN Kota Tampan dan ADUN Kenering, Majlis Daerah Lenggong, Pejabat Daerah Dan Tanah Lenggong Pesta Makanan Tradisional Lenggong ini melibatkan semua Penghulu Mukim, Ketua dan JKK Kampong , Pejabat Belia sukan Lenggong, KEMAS Parlimen Lenggong, Majlis Belia Lenggong, semua agensi dan jabatan di bawah Kementerian Pertanian Malaysia di Lenggong. Dan pesta ini turut melibatkan Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Lenggong.

Pelbagai jenis makanan disediakan secara gotong royong oleh 19 buah kampong yang diketuai oleh Penghulu Mukim dan semua Ketua Ketua Kampong. RTM Ipoh menjadi penyiar utama pesta ini. Pergerakan Puteri UMNO Lenggong mengatur lebih daripada 62 jenis kuih muih diman lebih 25000 kuih dihidangkan kepada tetamu. YB Ahli Parlimen Lenggong sebagai pengerusi dan pencetus idea ini, memuji penglibatan semua pihak.Nilai semangat gotong royong itu penting untuk ditonjolkan. Lebih 27 pasukan bertanding dalam Pertandingan Masak Bubur Asyura dan 200 peserta parut kelapa memeriahkan pesta dimana KEMAS Lenggong menyelaras acara ini. Paling unit apabila lebih 300 peserta menumbuk sambal secara serentak apabila Isteri YAB Menteri Besar menumbuk sambal sebaik tiba di tempat acara ini Di Dataran Lenggong Perak.

Seperti biasa FAMA menyusun lebih 25 pengusaha kecil industry makanan Lenggong berniaga produk meraka. Dan tentunya Produk Utama Lenggong iaitu Ikan Pekasam dipertandingkan dimana Jabatan Perikanan Lenggong menyelaras lebih 15 peserta bertanding memasak ikan pekasam. “ Saya lihat acara ini amat meriah Forum Perdana Ehwal Islam yang membincangkan mengenai makanan saja mendapat sambutan amal luar biasa, lebih 2000 tetamu hadir dan setiap acara meriah sekali. Justeru saya akan adakan lagi tahun hadapan. Kita akan tambah nilai dan saya harap Kerajaan Negeri dan Kementerian Peancongan akan membantu kerana ia boleh menjadi produk pelancongan di Lenggong sesuai apabila UNESCO mengiktiraf Lenggong sebagai Lembaha Warisan Dunia pada tahun ini. “ kata Ahli Parlimen Lenggong dan beliau juga memaklumkan semua jenis makanan Lenggong yang ditunjulkan ini akan dibukukan sebagai satu usaha mempromosi makanan Parlimen Lenggong.

Back to Top