Archive : Category

Warna Warni Karnival Sukan Parlimen Lenggong

POSTED ON November 5th  - POSTED IN BERITA TERKINI

KARNIVAL SUKAN Parlimen Lenggong yang berlangsung baru baru ini meriah sekali. Selama 3 hari berlangsung, karnival yang melibatkan 4970 peserta dengan 560 urusetia yang mempertandingan lebih 33 acara. Karnival yang berlangsung dengan penuh warna warni dikunjungi lebih 20000 orang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak. Saudara Redzuan Amir Hamzah selaku Setiausaha Jawatankuasa Induk Karnival Sukan Parlimen Lenggong, berkata kejayaan program ini kerana YB Ahli Parlimen Lenggong selaku pencetus idea dan Pengerusi Penganjur telah berjaya melibatkan semua pihak daripada pelbagai jabatan kerajaan, swasta , NGO di kawasan ini.. Karnival yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Lenggong ditaja oleh Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Pejabat Menteri Besar Perak, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKMM), FAMA Perak dan pelbagai pihak lain ini .

YB Ahli Parlimen Lenggong, memuji semua jabatan kerajaan, pihak swasta dan pelbagai NGO di Daerah ini yang terlibat secara langsung atau tidak dalam acara ini. “ kejayaan karnival ini kerana kerjasama semua. Saya lihat semua mereka berganding baru dan mereka mampu melakukan acara yang lebih besar daripada ini dan tak mungkin boleh berjaya kalau tiada kerjasama ini. Ini kelebihan yang saya miliki di Lenggong dan saya hargai kerja kut semua pihak”

Back to Top